Reka bentuk custom, bukan template
Direka dari kosong ikut tawaran, jenama dan pelanggan anda, kemudian dibina responsif supaya cantik di semua telefon.
Landing page ada satu tugas: tukar pelawat jadi pertanyaan. Kami reka dan bina landing page custom untuk bisnes Malaysia yang sedang run iklan, pelancaran atau kempen — laju di telefon, tawaran jelas, dan terus bersambung ke WhatsApp atau borang supaya lead sampai kepada anda dengan segera.
Direka dari kosong ikut tawaran, jenama dan pelanggan anda, kemudian dibina responsif supaya cantik di semua telefon.
Butang click-to-WhatsApp dengan mesej sedia ada dan borang hubungi, supaya setiap kempen ada langkah seterusnya yang jelas.
Title, meta description, heading, alt gambar dan loading laju disediakan, supaya halaman juga boleh dijumpai di Google.
Analytics dan conversion tracking boleh disediakan supaya anda tahu iklan mana yang betul-betul bawa pertanyaan.
Kami sambungkan domain, sediakan hosting dan SSL, dan launch halaman — tiada kerja teknikal di pihak anda.
Skop satu halaman yang fokus bermakna tempoh lebih singkat, penting bila tarikh pelancaran atau bajet iklan sudah ditetapkan.
Halaman projek kediaman dan komersial untuk kumpul pendaftaran dari iklan dan walk-in.
Kempen pendaftaran untuk pusat tuisyen, akademi dan penyedia kursus.
Menu pilihan, promosi dan link pesanan atau tempahan untuk restoran dan jenama makanan.
Klinik, perunding, kontraktor dan agensi yang perlukan satu halaman untuk terangkan servis dan dapatkan panggilan.
Harga permulaan tahun pertama. Sebut harga akhir bergantung pada skop.
Website satu halaman yang kemas untuk lancarkan jenama, kempen atau idea baharu.
Mula dengan StarterHarga dalam Ringgit Malaysia (MYR). Harga tahun pertama meliputi skop projek awal; renewal, hosting, maintenance dan penambahbaikan selepas itu akan disebut berasingan. Semua pakej termasuk pemilikan kod sumber.
Kami fokus pada laluan yang jelas dari idea sampai launch, tanpa proses yang mengelirukan.
Kita mulakan dengan call 30 minit untuk faham matlamat, audiens dan bajet. Selepas itu, kami susun skop yang jelas.
Kami sediakan mockup Figma untuk halaman atau skrin penting, kemudian kemaskan bersama anda.
Kami bangunkan dengan stack moden yang laju, stabil dan mesra SEO, sambil beri update berkala.
Kami bantu urus domain, hosting, analytics dan sokongan selepas launch untuk kemasan akhir.
Kalau soalan anda tiada di sini, terus WhatsApp kami.
Reka bentuk website syarikat custom di Malaysia. Berbilang halaman, mesra SEO, dengan CMS, sokongan BM/EN/中文 dan analytics — dari RM2,499 tahun pertama.
Web solutions custom untuk bisnes Malaysia: sistem web, dashboard, sistem tempahan dan pembayaran, serta app iOS + Android — direka, dibina dan diselenggara sepenuhnya.
Pada hari bekerja, kami biasanya balas WhatsApp dalam beberapa jam. Jika anda lebih selesa melalui email, itu pun boleh.